Pada majlis yang gemilang seperti ini, saat bersejarah yang hanya sekali dalam seumur hidup bagi pasangan pengantin ini, mereka telah berusaha mendapatkan penari penari dan pemukul gong untuk melengkapkan sesi majlis kahwin campur antara Suku Pribumi Kadazan Dusun dengan suku kaum China. Kebetulan, para penari dan pemukul gong adalah dari kumpulan MMK Culture Dancer iaitu dari kesatuan keluarga MMK. Begitu meriah sekali para jemputan yang turut serta menari tarian tradisi dari Suku kaum Kadazan yang mana tarian Sumazau adalah permintaan dari keluarga pengantin.
Para penari pada malam itu hanyalah sebahagian sahaja daripada kumpulan MMK Culture Dancer. Atas permintaan daripada tuan punya majlis, maka kumpulan kami hanya menyediakan kelengkapan menurut permintaan sahaja. Walaubagaimana pun, majlis tetap meriah. Persembahan sebegini adalah yang paling eksklusif. Adat tradisi yang masih terjaga dan dipelihara sehinggah masa kini membolehkan sesuatu martabat yang paling harmoni buat suku kaum yang menjaga adat resam sedemikian.
1 comment:
Haha .. nice !
Post a Comment